Tips perjalanan ke vietnam 2013



Sebenarnya dah lama aku tak menjenguk blog ni...ntah kenapa pada satu ketika aku kehilangan utk menitip apa2 jua dalam blog ni..tidak seperti blogger lain....


Kali ini aku nak berceritalah sedikit tentang persiapan untuk ke vietnam.Actually utk ke vietnam ni tak derlah plan awal..decide on the spot...oh ya , aku pergi ke sana bersama rakan sepejabat iaitu madam suzana dan yafee..tujuan kali ini bukan untuk berjalan sebaliknya untuk memborong kain telekung vietnam untuk pasaran Malaysia


Tempahan tiket penerbangan air asia terus dibuat. Tiada penerbangan terus dari penang sebaliknya hanya dari kl.Harga tiket yang kami dapat ialah rm227.00 untuk pergi balik.

Untuk perjalanan ke Kl kami mengambil keputusan untuk menaiki keretapi ke KL. Kami tidak mahu mengambil risiko menaiki penerbangan kerana sedia maklum bahawa air asia sentiasa reschedule time. Biasalah kalau dari Sungai petani keretapi akan bergerak pada waktu malam. Untuk keselesaan kami mengambil coach yg ada katil. Boleh check harga dan waktu perjalanan dalam laman web ktm. Walaupun penempahan tiket keretapi boleh dibuat secara online, namun kami terpaksa pergi juga ke kaunter ktm kerena sistem ini terdapat gangguan. Harap2 KTM dapat memperbaiki sistem ini pada masa akan datang.

Kami bertolak ke Kl dengan menaiki keretapi lebih kurang 8.30 malam. Sampai di KL Sentral awal pagi. Pada masa ni baru terperasan, selama ini kami ingat flight kami awal petang rupa-rupanya 7.30 malam. Perggh...jawabnya kena la lepakla kat KL Sentral. Waktu ni KL mengalami musim jerebu yang amat teruk, membuatkan kami hilang mood nak bergerak . Tambahan pulak dengan beg yang dibawa. Disebabkan keadaan jerebu yang teruk di KL sentral, kami mengambil keputusan untuk bergerak ke LCCT lebih awal. Sekurang-kurangnya di sana adalah tempat bertutup dan selesa. Dari KL Sentral ke LCCT kami menaiki bas. So melepaklah kami di sana sehingga lah waktu penerbangan.

Kami tiba di airport Ho Chin Minh (HCM) dalam pukul 9.00 lebih (disebabkan sudah lama aku ambil masa untuk menyambung post, sudah terlupa waktu yang tepat). Disebabkan kami tidak mengambil pakej, everything kena uruskan sendirila ...so bagi yang pi mcm kami, berhati-hatilah dengan teksi di sana. Disebabkan kami sampai malam , dan tak terbiasa di sana, kami terus ambil teksi..dalam dok berhati-hati..akhirnya kami kena tipu juga...tambang yang dikenakan untuk teksi ke hotel kami (Hoang Hai Loang 2) adalah dua kali ganda charge. Harga yang sepatutnya lebih kurang 130,000 dong (harga yang dikenakan semasa kami amik dari hotel ke airport sewaktu balik). So, berhati-hatilah...


Kami stay di hotel Hoang Hai Long 2 bersebelahan dengan Hotel Saigon. Area sini memang tak susah nak cari kedai makan halal. Berhadapan dengan hotel ni ada kedai Hajah Basiroh. Kalau rajin sikit, boleh cari hotel V.Halal ataupun Dedaun.

Tiap-tiap malam di hadapan hotel akan ada pasar malam. Memang best dan happening. Kalau tak cukup shopping waktu siang, boleh sambung waktu malam..cuma siapkan duit sahaja...Disebabkan target kami adalah untuk memborong kain telekung jadi perjalanan kami hanyalah disekitar bandar Ho Chin Minh...memborong telekung dan juga untuk shopping.

Telekung kami borong di kedai  berhadapan dengan dengan hotel ..ada Rine atau WY Rine (ntah dah lupa apa nama) dan Hajah Basiroh . Kualiti kain di kedua-dua kedai ini ada beza sedikit dengan yang lain.

Untuk tempahan jubah atau kain jubah boleh tempah di kedai dalam Ben Than Market. Dari hotelke Benthan tak perlu susah hati. Hanya jalan kaki sahaja. Dekat sangat. Lebih kurang 5 minit..turun dari lobi hotel, memang nampak dah supermarket. Jubah boleh siap dalam sehari.

Untuk beli borong atau kain sutera boleh ke  Cho Binh Tay. Kami amik teksi untuk ke sini. Tak susah, suruh jer orang hotel call. Oh ya, cadangan kalau nak amik teksi, amik teksi vinasun...yang lain jangan amik, takut nanti ditipu. Kat Market ni agak panas dan kurang selesa tapi harga untuk silk lagi murah dari Bent Than market.

Satu lagi tempat shopping yang best adalah di Taka Plaza. Di sini suasana agak okay sikit. Peniaga-peniaga pun tidaklah se'kasar' di Benthan. Tempat pun berhawa dingin. Di sini banyak baju untuk budak, baju kurung yang telah siap. Memang murah sesangat. Walaupun ala-ala supermarket tetapi harga yang diletakkan masih boleh ditawar. Terdapat juga barag yang kulit yang dijual.

Tips Lawatan Ke Vietnam

  • Teksi yang dicadangkan adalah vinasun
  • Duit kalau boleh bawa dalam RM, Dong atau USD
  • Lintas dengan berani . Disini kebanyakan rakyat vietnam menaiki motorsikal dan mereka memang pandai mengelak. Jadi lintas sahaja, kalau tidak anda tidak akan menyeberang sampai bila-bila
  • Tawar harga sehingga 70%
  • Jangan lupa duit bawa banyak -banyak untuk kaki shopping. Kalau bukan kaki shopping mcm saya around RM1000 pun dah cukup. hehehehe
Selamat bercuti. Jumpa lagi next trip












Comments

Popular Posts